Friday, 13 January 2012

Thistle Port Dickson Resort

0 comments


Thistle Port Dickson Resort yang terletak di Port Dickson pada keluasan 90 hektar merupakan syurga tropika buat para pengunjung. Hotel yang bercirikan gaya mewah ini mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur, dan mempunyai pantai peribadi yang menawarkan segala kemudahan yang di idam-idamkan oleh pengunjung.

Hotel ini amat sesuai untuk bersantai jauh dari kesibukan kota, ideal untuk percutian bagi tujuan bisnes mahupun keluarga. Ianya menawarkan 247 bilik yang dihias cantik dengan gaya elegan serta pemandangan Selat Melaka yang amat indah. Hotel ini juga turut menawarkan program “Nine-hole Golf”, tiga tempat makan yang hebat, dua gelanggang tenis dan kolam renang yang digabungkan dengan Zon “Kid's Wet Play”. Ia turut menawarkan kemudahan sukan air seperti Banana Boat dan Jet Ski bagi pengunjung yang gemarkan cabaran.

Thistle Port Dickson Resort merupakan lokasi penginapan sempurna untuk bersantai bersama keluarga, teman dan rakan perniagaan jauh dari hiruk-pikuk bandar.


 Bahagian Luar Resort


Pemandangan Dalam Bilik


Kolam Renang


Bilik Fitness


Restoren Italy



Sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari ke laman web http://www.thistle.com/en/hotels/malaysia/port_dickson/thistle_port_dickson.





Leave a Reply

Labels