
Saturday, 19 May 2012
Hino 300 Series Direka Lebih Moden Dan Unik
HINO Motors (M) Sdn Bhd, secara rasminya memperkenalkan HINO
300 Series serba baru menjadikannya terus kekal sebagai jenama jenama
No. 1 dalam semua segmen kenderaan komersial yang meliputi kenderaan
komersial ringan, sederhana berat dan berat.
HINO 300 Series baru (Kenderaan Komersial Ringan) dilengkapi dengan
gear transmisi automatik sepenuhnya yang pertama kali dipasang pada
kenderaan komersial ringan.
Ini menggambarkan komitmen HINO dalam penghasilan bertaraf dunia bagi
kenderaan komersial ringan generasi baharu yang mengutamakan ciri-ciri
keselamatan dan keselesaan pemanduan serta kualiti, dan ketahanan
kenderaan.
Pengarah Urusan Hino Motors (M) Sdn Bhd, Nobuyuki Tanaka, berkata,
berikutan kejayaan pelancarannya di Jepun pada Jun tahun 2011, pihaknya
dengan bangga memperkenalkan 300 Series terbaru.
HINO adalah jenama pertama yang memperkenalkan model transmisi
automatik sepenuhnya bagi kategori kenderaan komersial ringan di
Malaysia.
HINO sebagai satu-satunya syarikat pengeluar trak
Jepun yang melengkapkan kenderaannya dengan transmisi automatik.
HINO 300 series baharu dibangunkan di Jepun dan menampilkan konsep to pursue the perfect fit yang unik bagi memenuhi keperluan perniagaan, pemandu dan syarikat pengangkut.
Ia direka bentuk untuk Kesesuaian Sempurna, sejajar dengan konsep
QDR (kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaan) HINO yang meliputi
kebolehpercayaan menyeluruh, penjimatan bahanapi, prestasi enjin
berkuasa, keselamatan dan keselesaan pemanduan.
HINO 300 series baru terdiri daripada 6 model asas dan boleh didapati
dalam tiga variasi kabin yang berbeza, iaitu kabin lebar untuk memenuhi
keperluan pemanduan di bandar, kabin krew yang sesuai untuk membawa
empat orang penumpang tambahan dan kabin standard.
Model XZU720 AUTO adalah trak enam roda dengan kabin lebar yang
julung kalinya dilengkapi dengan transmisi automatik enam kelajuan.
Transmisi manual lima kelajuan juga boleh didapati bagi semua model
lain termasuk model empat roda manakala transmisi manual enam kelajuan
pula dipasang pada model-model dengan Berat Kenderaan Kasar (GVW) 8.3
tan.
Enam model asas ini dilengkapi dengan enjin EURO-2 atau EURO-3 agar
lebih berkuasa tetapi pada masa yang sama, menawarkan penjimatan
bahanapi yang cemerlang serta mengurangkan pelepasan gas-gas berbahaya.
Kedua-dua enjin tersebut adalah yang paling berkuasa berbanding saingannya dalam kategori kenderaan komersial ringan.
Bagi memenuhi keperluan kapasiti muatan yang pelbagaian daripada
pelanggan, model-model HINO 300 Series dikeluarkan dengan GVW daripada
4800kg hingga 8300kg.
Dengan ruang kabin yang direka untuk memberi keselesaan dan
keberkesanan penggunaan yang maksimum, HINO 300 series serba baharu
menampilkan ciri-ciri ruang kabin yang jauh lebih luas untuk penumpang
atau muatan barang.
Pemijak tepi yang besar serta tuil gear serba baru yang boleh dilipat
menjadikan pergerakan keluar masuk ke ruang kabin lebih mudah dan
menyenangkan.
Oleh kerana keselamatan merupakan perkara yang paling diutamakan di
HINO, trak-trak telah dipasang dengan turus stereng boleh lipat dan
stering boleh lentur untuk meminimumkan kecederaan pada tubuh sewaktu
pelanggaran hadapan.
Satu lagi ciri keselamatan bagi kabin dengan reka bentuk ini adalah
semua tiang kerangkanya dibina lebih kecil bagi mengurangkan blind spot.
Dengan harga berpatutan antara RM86,000 hingga RM130,000 untuk pasaran tempatan, ia sesuai dalam pelbagai urusan.
Selain itu pada tahun 2011, kenderaan komersial ringan keluaran HINO
menguasai 35 peratus bahagian pasaran dan ini telah memposisikan HINO
sebagai jenama paling terkemuka.
Prestasi unggul trak dan bas HINO turut membolehkannya mengekalkan
kedudukan tertinggi dengan penguasaan bahagian pasaran sebanyak 35
peratus, meningkat tujuh peratus barbanding tahun 2010.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)