Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang
dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti
personaliti diri merupakan suatu aset penting untuk kita mengenali dan
mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam
diri kita, maka kita lebih mudah untuk menyesuaikan diri kita dengan
keadaan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan
berdasarkan kajian dalam bidang psikologi. Antara jenis personaliti
berikut adalah ;
a) Personaliti periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dengan orang lain, dan bagi
mereka, bertemu dan bergaul dengan orang lain itu adalah sumber kepada
kebahagiaan dalam kehidupan mereka. Mereka biasanya;
- Berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain.
- Lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dengan dunia dalam diri mereka sendiri atau berfikir dengan idea sendiri.
- Lebih suka berbincang dengan orang lain dalam mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri.
- Lebih banyak bercakap dari mendengar.
- Berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah.
- Gemar dgn aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta,dan lain-lain.
- Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak.
b) Personaliti Pendiam
Bersifat ;
- Lebih suka menyendiri.
- Sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan sesuatu yang mereka sukai.
- Mudah merasa diketepikan dalam keramaian.
- Lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian.
- Menjadi pemerhati atau berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu.
- Seorang pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain.
c) Personaliti Perasa
Bersifat ;
- Mahu jawapan yang pasti dan tepat.
- Suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak.
- Sentiasa mengumpul cukup maklumat sebelum bertindak.
- 4.Mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh.
- Lebih suka melakukan sesuatu daripada berfikir untuk melakukan sesuatu.
- Kurang mempunyai firasat.