Bersalin melalui pembedahan (Caesarean Section, LSCS)
Caesarean section ialah sejenis
kaedah bersalin yang melibatkan pembedahan. Insisi dibuat pada abdomen
ibu dan uterus untuk mengeluarkan bayi. Kaedah ini biasanya
diaplikasikan apabila bersalin melalui faraj boleh membahayakan dan
mengancam ibu atau pun bayi.
Sejarah
Terdapat mitos yang menyatakan
perkataan 'Caesarean' berasal dari 'Caesar' seorang pemerintah negara
Rom. Beliau dikatakan dilahirkan melalui kaedah caesarean section.
Walaubagaimanapun, kebenaran cerita ini diragui kerana ibu beliau
Aurelia Cotta terus hidup selepas melahirkan beliau. Pada zaman itu,
caesarean section hanya dilakukan sekiranya ibu berada di tahap
kritikal dan ia merupakan satu percubaan untuk menyelamatkan bayi dalam
kandungannya dan bukan untuk menyelamatkan ibu.
Perkembangan teknik pembedahan
dan pelalian telah meningkatkan keefisienan kaedah ini. Ia telah
berjaya merendahkan kadar kematian dan kecacatan. Kejayaan caesarean
section yang pertama dicatatkan pada tahun 1882. Walaubagaimanapun,
terdapat komplikasi kerana kekurangan fasiliti.
Mengapa anda memerlukan caesarean section ?
Laporan mengenai bersalin secara
pembedahan (Caesarean deliveries) menyatakan, 50% adalah dirangcang
iaitu dinamakan ‘Elective Caesarean’; manakala 50% selebihnya adalah
Emergency caesarean (pembedahan kecemasan).
‘Elective Caesarean’ adalah diperlukan untuk:
| 1. |
kandungan kembar
|
| 2. |
Bayi dalam kedudukan sonsang (punggung/kaki di bahagian bawah) atau bayi dalam kedudukan melintang.
|
| 3. |
plasenta praevia (plasenta menghalang salur kelahiran)
|
| 4. |
ibu mengalami darah tinggi yang serius.
|
| 5. |
mempunyai sejarah kompilkasi pada kelahiran sebelumnya
|
‘Emergency Caesarean’ diperlukan apabila :
| 1. | untuk mengelak komplikasi ketika bersalin contohnya bayi terjerut oleh tali pusat. |
| 2. | bukaan serviks tidak memadai. |
| 3. | kedudukan bayi tidak sesuai untuk kelahiran melalui faraj. |
Prosedur
| 1. |
Berpuasa 6 jam sebelum menjalani pembedahan caesarean section.
|
| 2. |
Menjelang prosedur, jururawat akan membantu anda memakai baju khas dan mencukur bulu pubis.
|
| 3. |
Kateter getah akan dimasukkan untuk mengosongkan pundi kencing.
|
| 4. |
Saluran intravena juga akan dimasukkan.
|
| 5. |
Pakar perbidanan akan membuat insisi berukuran 10cm panjang di bahagian bawah abdomen selepas anda dibius.
|
| 6. |
Bahagian bawah
uterus juga akan dipotong. Oleh itu , procedur ini dinamakan sebagai
LSCS (Lower Segment Caesarean Section), yang mana bahagian bawah
dibedah.
|
| 7. |
Air ketuban atau cecair amnion akan dipecahkan.
|
| 8. |
Seterusnya bayi akan dikeluarkan dari uterus.
|
| 9. |
Tali pusat akan dikepit dan dipotong bagi mengasingkan bayi daripada ibunya.
|
| 10. |
Seterusnya bayi akan diserahkan kepada doktor pediatrik
|
| 11. |
Pakar perbidanan akan mengasingkan plasenta dan mengeluarkannya.
|
| 12. |
Uterus akan
dijahit pada dua lapisan. Abdomen juga dijahit pada dua lapisan.
Jahitan pada kulit dikeluarkan selepas satu minggu.
|
| 13. |
Selepas prosedur selesai, anda akan dipindahkan ke bilik pemulihan untuk pemantauan.
|
No comments:
Post a Comment