- - Untuk mendapat jangkitan kutu memerlukan sentuhan dari kepala ke kepala.
- -Sesetengah orang tidak menunjukkan sebarang gejala, sesetengah pula berasa gatal kulit kepala.
- -Hanya satu cara sahaja untuk mendapat kepastian tentang jangkitan iaitu dengan membasahkan rambut, membubuh perapi pada rambut dan menyikatnya dengan sikat bergigi halus untuk mengesan kutu hidup (saiz dalam lingkungan 1-3 mm panjang).
- -Rawatan yang paling selamat ialah ‘penghapusan kutu’, iaitu satu regim penyikatan.
Tanda-Tanda
Walaupun sangat kecil, kutu masih boleh dilihat dengan mata kasar. Tanda-tanda kutu:
Telur kutu: Telur kutu kelihatan kecil kekuningan, atau coklat sebelum ia menetas. Setelah menetas, kulitnya yang terlekat pada rambut berwarna putih atau jernih. Kutu bertelur pada rambut dekat dengan permukaan kulit, di mana suhunya adalah sesuai untuk mengekalkan haba sehingga ia menetas. Telur kutu senang dilihat pada rambut kanak-kanak. Telur kutu menetas dalam masa 1 hingga 2 minggu selepas ia dihasilkan.
Kutu dewasa dan anak kutu: Kutu dewasa tidak besar, tidak sampai sebesar beras pun dan berwarna kelabu dan coklat. Kutu menghisap darah beberapa kali dalam sehari tetapi ia boleh kekal hidup sehingga 2 hari selepas terjatuh dari kulit kepala.
Menggaru: Menggaru dan kegatalan datang dengan gigitan kutu. Namun kegatalan mungkin tidak terus bermula – ia bergantung kepada kesensitifan kulit kepala kanak-kanak, mungkin datang setelah berminggu-minggu jangkitan. Kanak-kanak mungkin menyatakan ada benda bergerak dan rasa geli di atas kepala mereka.
Benjolan kecil kemerahan atau sakit akibat dari menggaru: Bagi sesetengah kanak-kanak, kegatalan mungkin sederhana, bagi yang selebihnya mungkin menyebabkan bintik merah dan kudis timbul. Menggaru terlalu kuat boleh menyebabkan jangkitan kuman.

No comments:
Post a Comment