Friday, 13 April 2012

Merangsang Kepintaran Anak

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata.
2. Bercakap-cakap dengannya.
3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh.
4. Jelirkan lidah.
5. Hasilkan buku binatang.
6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya.
7. Tunjukkan perbezaan.
8. Berkongsi pandangan.
9. Nyanyikan lagu untuknya.
10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya.
11. Beri kata kunci.
12. Beri kejutan.
13. Sediakan banyak tisu.
14. Baca buku berulang kali.
15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa.
16. Main dengan warna.
17. Biarkan dia bermain dengan makanannya.
18. Jangan lupa rehat

No comments:

Post a Comment