Wanita dan mata. Dua keajaiban ciptaan
yang bila dikaitkan boleh menjatuhkan seorang lelaki. Tapi, apakah
rahsia di sebalik mata seorang wanita itu? Pernah korang terbayang
bentuk mata seseorang wanita itu pun sudah boleh menentukan bagaimana
perwatakan dirinya?
Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam
kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya.
Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas.
Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan
melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah, bertindak
tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.
Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil, bertanggungjawab, tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh
sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda
susah dia tidak peduli.
Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam,
kasar, mencemuh, pemarah.
Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi
mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas
nafsu syahwatnya.
Percaya? Sejauh mana kesahihan fakta ini
aku pun tak tau. Macam mana pun bentuk mata ataupun perwatakan
perempuan itu, pasti akan boleh dibentuk oleh seorang lelaki. Wanita ini
sifatnya lembut, didiklah mereka dengan kelembutan dan penuh kasih
sayang.