S Itu Untuk Saleha
Susah juga menjadi wanita “hot” seperti Rita Rudaini ini. Asal buat sesuatu sahaja, pasti ada kontroversi yang menjelma. Terbaru, Rita telah melancarkan produk kecantikannya yang diberi nama RS Collagen. Terus timbul gosip bahawa huruf “S” itu adalah pangkal nama buat seorang Datuk yang menajanya.
Berkata kepada Utusan Malaysia, Rita Rudaini menerangkan yang huruf “S” itu adalah singkatan buat rakan kongsinya, Saleha. Kata Rita:-
Sebenarnya, nama RS Collagen itu adalah gabungan nama saya, Rita dan Saleha. Bukan nama pangkal Datuk S. Saya dan Saleha merupakan rakan niaga untuk produk ini dan kami fikir, tidak salahnya jika kami mencantumkan nama untuk produk kami.

No comments:
Post a Comment