Pap Smear
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan
dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu
itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan
berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah
menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan
mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum
menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan
pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.
Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di
antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap
3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel
kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di
peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.
Bila saya patut melakukan ujian pap
smear?
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda
mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda
berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang
rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan
sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah
menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang
serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.
Apa yang perlu saya lakukan sebelum
melakukan ujian pap smear?
Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa
haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai
dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas
sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada
hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid
adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara
berikut sebelum ujian :
| 1. | Melakukan seks, |
| 2. |
Menyembur kawasan vagina,
|
| 3. |
Menggunakan tampon, dan
|
| 4. | Menggunakan krim vagina. |
No comments:
Post a Comment