Apa yang dilakukan semasa pap smear?
| 1. |
Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil
dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
|
| 2. |
Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan
dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
|
| 3. |
Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan
spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
|
| 4. |
Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas
slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke
makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.
|
Anda akan berasa sedikit tidak selesa
walaubagaimanapun,
keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.
Apakah kelebihan lain pap smear?
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh
mengesan polip dan jangkitan.
Bila saya boleh mengetahui keputusan pap
smear saya?
Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa
seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan
menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian
ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun,
keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser
serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.
Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh
faktor-faktor di bawah:
| 1. |
Radang serviks yang disebabkan oleh monilia,
papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
|
| 2. |
Cervical dysplasia dimana sel serviks di
persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal
yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks
telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras
terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan
dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di
bawah.
|
Siapa yang berisiko tinggi untuk
mendapat kanser serviks?
Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus
dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat
kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti
mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit
bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang
merokok.
Di mana saya boleh menjalani pap smear?
Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit
puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang
menawarkan ujian pap smear.
No comments:
Post a Comment