Friday, 13 April 2012

Pemeriksaan Tambahan Ibu Hamil 35 Tahun Ke atas

Sekiranya hamil ketika usia melebihi 35 tahun, anda dikategorikan sebagai ibu hamil berisiko. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Atas alasan inilah, anda perlu berjumpa doktor dengan lebih kerap. Oleh yang demikian, ujian dan pengawasan khusus dapat dilakukan ke atas diri anda. Apatah lagi, pada tahap usia ini anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat:
  • kecacatan kromosom pada bayi dalam kandungan
  • darah tinggi yang disebabkan oleh kandungan
  • diabetes yang disebabkan oleh kandungan
  • pendarahan
  • tumbesaran terbatas dalam rahim(IUGR) iaitu saiz bayi terlalu kecil semasa tempoh kandungan.
Salah satu ujian yang wajib anda lakukan ialah amniocentesis. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengesan sebarang masalah atau kemungkinan berkaitan kelainan kromosom yang boleh berlaku kepada bayi dalam kandungan. Prosedur amniocentesis melibatkan pengambilan sedikit sampel air ketuban dengan menggunakan jarum yang disuntik ke perut anda. Kebiasaannya, ujian ini dilakukan pada usia kandungan 16-20minggu. kelainan kromosom ini akibat daripada telur anda yang semakin "tua".

No comments:

Post a Comment