Ujian Air Kencing
Anda akan diminta untuk memberi sampel air kencing setiap kali menghadiri pemeriksaan. Ia digunakan untuk mengesan sebarang jangkitan yang mungkin memerlukan rawatan rapi. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kandungan glukos, protein dan bahan kimia iaitu ketones di dalam tubuh.
Ujian Darah
Di dalam pemeriksaan pertama, anda akan menjalani ujian darah untuk mengesahkan kumpulan darah dan darah rhesus. Darah diuji untuk mengetahui sama ada anda mengalami anemia atau sebaliknya. Ujian tersebut turut dilakukan untuk mengenal pasti "kekebalan" anda terhadap rubella. Antara lain, anda perlu menjalani ujian HIV dan Hepatitis B bagi mengelak penyakit yang boleh memberi kesan buruk pada bayi.
Pergelangan Kaki
Salah satu bahagian akan diperiksa pada setiap kali lawatan pemeriksaan. Ini bertujuan untuk mengesan bengkak yang disebabkan oleh pengumpulan air. Jika bahagian tersebut bengkak, anda dikhuatiri mengalami tekanan darah tinggi.
No comments:
Post a Comment