Wednesday 25 April 2012

Spesifikasi Samsung Galaxy S3

0 comments


Dengan pelancaran Samsung Galaxy S3 yang semakin mendekat, jutaan peminat Samsung terus-menerus bergosip mengenai spesifikasi komponen terbaru yang akan dibawakan olehnya apabila muncul nanti. Kami ternanti-nanti kemunculkan Samsung Galaxy S3 sebab kami ingin tahu apa pembaharuan yang dibawakan berbanding model sebelum ini – Samsung Galaxy S2. Galaxy S2 saja dah cukup hebat, pasti Galaxy S3 bertambah-tambah hebat. Kami menjangka harga Samsung Galaxy S3 di Malaysia adalah antara RM1999-RM2,200. Kini kami paparkan antara specs terbaru yang kami jangka akan dipasang pada Galaxy S3, spesifikasi terbaru jangkaan kami itu adalah seperti berikut.
  • Saiz skrin: 4.6 inci, HD Super AMOLED Plus, kini dipanggil sebagai YOUM.
  • Kamera belakang: 12 MP dengan Flash LED.
  • Kamera depan: 5MP, dioptimasi untuk video call.
  • Versi Android: Android 4 Ice Cream Sandwich.
  • Nipis: 7mm dan tidak lebih dari 8mm (nipis Galaxy S2 adalah 8.49mm)
  • Cip pemproses: Cip dari jenis Quad core, berprestasi tinggi, kepantasan 1.6Ghz.
  • Capaian: WiFi, USB2.0, Bluetooth 4.0, HSPA hingga 21Mbps, keserasian dengan 4G LTE.
  • Video: Paparan fungsi HD pada resolusi skrin 1080 atau 30 frame sesaat.
  • Memori dalaman: 16GB, turut diperkenalkan versi 32GB.

Leave a Reply

Labels