Wednesday 25 April 2012

iPhone5 dipasang Metallic Glass

0 comments







iPhone 5 yang dikhabarkan dibuat pelancarannya pada Oktober 2012 kini dikatakan akan dipasang dengan cermin metalik atau metallic glass. Setakat ini, dari apa yang kami tahu dan apa yang kami pernah jumpa, Corning Gorilla Glass merupakan cermin tahan lasak yang digunakan sebagai cermin hadapan dalam kebanyakan smartphone masa kini dan apabila kami mendengar mengenai metallic glass, kami ‘terkesima’ kerana tidak dapat membayangkan iPhone 5 diperkenalkan dengan metallic glass – ia seakan ganjil. Forbes yang menerbitkan artikel ura-ura itu memberi pendapat bahawa metallic glass tidak sesuai, bahkan mustail untuk digunakan sebagai cermin untuk skrin iPhone 5 kerana metalik bersifat ‘opaque’ bukannya tembus pandang seperti cermin biasa. Kami berpendapat andaikata bahagian belakang iPhone 5, itu possible. Untuk dijadikan bahan bagi cermin iPhone 5, itu impossible.

Leave a Reply

Labels