Tip Memilih Produk Pemutihan Kulit
Sebelum membeli produk pemutihan kulit, sebaiknya perhatikan kandungan dan dos bahan yang digunakan. Jika dalam produk pemutih tersebut mengandungi salah satu bahan dan zat kimia berbahaya seperti kandungan hydroquinone, batalkan niat untuk anda membelinya meski pun produk tersebut menarik dan menjanjikan hasil yang memuaskan. Kandungan hydroquinone yang berlebihan boleh mengakibatkan kanser kulit.
Gunakan produk yang telah didaftarkan sahaja. Cuba oleskan produk pemutih tersebut di bahagian belakang telinga anda kerana kulit pada bahagian telinga sama dengan jenis kulit pada wajah. Jika berlaku sebarang alahan atau iritasi ini bererti krim atau losyen pemutih tersebut tidak selamat digunakan.
Perhatikan jenis produk terlebih dahulu. Pada dasarnya pemakaian produk pemutih juga bergantung kepada jenis kulit anda. Kulit kering lebih sesuai dengan produk pemutih berbentuk krim manakala kulit berminyak pula lebih sesuai dengan produk pemutih berbentuk losyen.
Elakkan memakai produk pemutih yang mempunyai dasar bahan kimia lebih dari tiga bulan. Hal ini kerana selepas tiga bulan, proses regenerasi atau pembaikan kulit akan menjadi lebih sukar.
Sebaiknya pilih produk pemutih yang mengandungi bahan semulajadi misalnya vitamin C. Sebenarnya kulit coklat yang dimiliki oleh kebanyakan wanita Asia lebih kelihatan cantik dan sihat. Kulit coklat mampu ‘menangkis’ ultraviolet sehingga mampu menurunkan risiko kerosakan kulit akibat sinaran matahari. Kebanyakan produk pemutihan membuatkan kulit mengelupas sehingga kulit akan mudah ‘terbakar’ akibat panahan matahari.
Perhatikan perubahan yang terjadi, adakah kesan yang diinginkan terjadi begitu cepat? Atau muncul tanda berbahaya seperti kulit menjadi kemerah-merahan dan sebagainya? Ia bagi mengenal pasti produk berbahaya untuk tempoh jangka panjang kerana sebahagian produk tidak mencatatkan bahan berbahaya yang mereka gunakan pada bungkusan produk. Maka sebab itulah pengguna perlu lebih berhati-hati ketika memilih produk pemutihan kulit wajah.

No comments:
Post a Comment