Sunday, 2 June 2013

Memutihkan Kulit Secara Semulajadi




Cara Memutihkan Kulit Secara Semulajadi

Perbanyakkan pengambilan ikan salmon dan  sayur-sayuran hijau seperti bayam kerana lemak baik yang terkandung dalam ikan salmon dan sayur-sayuran boleh membuatkan sel kulit yang terbakar diperbaharui semula.  

Untuk penjagaan kulit badan, apabila kulit dimamah  matahari, gunakanlah pelembab kulit bagi mengembalikan tona kulit asal. Bila perlu, saat mandi tambah serbuk penaik (baking soda) dalam air mandian. Lalu cuci kulit yang terbakar dengan air tersebut. Air tersebut akan meringankan rasa sakit akibat selaran cahaya matahari.

Amalkan vitamin C serta vitamin E secara rutin untuk mengembalikan kecantikan serta kesegaran kulit anda. Dan jangan lupa gunakan sunblock untuk  melindungi kulit dari sinar matahari secara langsung kerana sinar matahari tidak selamanya baik untuk kesihatan kulit.





No comments:

Post a Comment