Sunday, 2 June 2013

Pengurus Baru Manchester City Bakal Diumum 2 Minggu Lagi




Pengurus Baru Manchester City Bakal Diumum 2 Minggu Lagi

Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak mendedahkan kelab Liga Perdana Inggeris itu bakal mengumumkan nama pengurus baru dalam tempoh dua minggu lagi. 

Khabar angin kuat menyebut jurulatih Malaga, Manuel Pellegrini bakal menggalas jawatan itu selepas Roberto Mancini dipecat berikutan kekalahan di City pada final Piala FA kepada Wigan, awal bulan ini. 

Pellegrini menegaskan tidak ada perjanjian antara dirinya dan City buat masa ini tetapi dia dilaporkan baru-baru ini bakal meninggalkan kelab Sepanyol itu, penghujung musim ini. Kami mahu memburu kejayaan besar dan sudah pasti mahu memilih pengurus yang hebat, ini penting bagi kelab kami, kata Mubarak. 

Kami ada barisan hebat untuk memilih pengurus baru dan proses ini sedang dilakukan secara teliti.  Mereka sudah menyenarai pendek pengurus yang memenuhi kriteria dan kami hampir selesai. Kami sudah semakin hampir, katanya. AFP 





No comments:

Post a Comment