
Adik Dilarikan Kakak Kekasih
Seorang budak perempuan berusia 10 tahun hilang sejak beberapa hari lalu, dipercayai dilarikan wanita dikenali sebagai Along selepas dua minggu mengenali mangsa. Mangsa, Nur Zazila Ibrahim didakwa dibawa keluar suspek pada jam 11 malam Isnin lalu di Kampung Jejulok, Simpangan di sini, dengan menggunakan motosikal jenis EX5 milik kakak mangsa.
Kakak mangsa, Nurul Huda Ibrahim, 18, berkata beliau mempelawa Along tinggal di rumahnya kerana suspek dikatakan bergaduh dengan ibu bapanya. Atas dasar simpati saya mempelawa Along tinggal sementara di rumah kerana dia adalah kakak kepada teman lelaki saya.
Saya benar-benar terkilan kerana selepas dua minggu tinggal di sini dia melarikan adik bongsu saya, katanya. Katanya, selepas menyedari kehilangan adiknya keesokannya, beliau cuba menghubungi Along namun panggilannya tidak dijawab sekali gus membuat laporan di Balai Polis Simpangan.
Along yang berasal dari Kampung Tujoh, Tumpat dikatakan sudah lama tidak tinggal bersama keluarganya dan bekerja di Kuala Lumpur. Ibu mangsa, Rokiah Awang, 41, merayu kepada Along supaya mengembalikan anak bongsunya secepat mungkin.
Sebelum keluar, Nur Zazila ada memberitahu ingin keluar membeli gam untuk membuat kerja sekolahnya tetapi tidak menyangka beliau tidak pulang sehingga hari ini. Saya benar-benar bimbangkan keselamatannya. Saya harap sangat Along dapat mengembalikan Nur Zazila kepada kami, katanya.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan dan usaha mencari mangsa sedang diteruskan.
No comments:
Post a Comment