Sunday, 2 June 2013

Puting Beliung Menuju Illinois


Puting beliung menuju bandar Illinois, Missouri


Puting Beliung Menuju Illinois

Puting beliung meragut lima nyawa di Oklahoma termasuk seorang ibu dan bayinya serta mengan-cam bandar dan kawasan pinggir bandar, Moore yang terjejas teruk sebelum bergerak ke dua bandar berdekatan. Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan berkata, puting beliung itu kini menuju wilayah berdekatan iaitu Illinois dan Missouri menyebabkan Gabenor Jay Nixon mengisytiharkan darurat kelmarin. 

Bencana itu melanda 11 hari selepas puting beliung besar dalam kategori EF5, melanda Moore dan membunuh 24 orang selain menyebabkan 212,000 penduduk kehilangan tenaga elektrik. Terbaru, seorang ibu dan bayinya maut ketika memandu di lebuh raya Interstate 40, di barat bandaraya Oklahoma, apabila kenderaan mereka dilanda ribut, disedut ke dalamnya sebelum dimuntahkan semula, kata jurucakap peronda kebuh raya, Betsy Randolph. 

Lebuh raya itu ditutup disebabkan ribut itu, dengan banyak laporan kemalangan dan kecederaan. Dua daripada lima kematian di Oklahoma kelmarin dicatatkan di Bandaraya Union dan satu di El Reno, kawasan pedalaman di barat Bandaraya Oklahoma, kata jurucakap Pejabat Ketua Pemeriksa Kesihatan negeri, Amy Elliott. 

Seramai 71 orang dirawat dengan kecederaan berkaitan ribut termasuk lima dalam keadaan kritikal, antaranya seorang kanak-kanak, lapor sistem hospital Kesihatan Integris beribu pejabat di Oklahoma. 

Pakar kaji cuaca mengisytiharkan darurat di beberapa bahagian kawasan metropolitan Bandaraya Oklahoma, dan pada satu tahap mengeluarkan amaran kepada Moore. Puting beliung melanda lebuh raya Interstate 40 ke arah Bandaraya Oklahoma, menyebabkan trak terbalik dan jerami berterbangan, kata saksi. 

Televisyen menunjukkan tiang elektrik tumbang dan kereta melambung ketika ribut turut membawa hujan setebal 7 sentimeter mengakibatkan pengguna jalan raya terperangkap dalam banjir. 

Atas alasan tertentu yang kami tidak faham, ramai penduduk berada di jalan raya, lebih ramai daripada dijangkakan. Semua orang ambil tindakan berbeza kali ini dan akibatnya, ia menimbulkan keadaan amat bahaya. 

Saya rasa masih terkejut dengan apa yang berlaku di Moore. Kami masih lagi mengebumikan mangsa, kata Datuk Bandar Oklahoma, Mick Cornett. 

Gabenor Oklahoma, Mary Fallin, memberitahu CNN pengguna kenderaan berdepan bahaya besar apabila terperangkap di lebuh raya yang dilalui puting beliung. - REUTERS 





No comments:

Post a Comment