Wednesday, 18 May 2011

Kenali Peribadi Melalui Warna Gincu

0 comments


Warna lipstik atau gincu bibir sering dikatakan berperanan mempamerkan personaliti diri anda yang sebenar.


Merah Jambu :

Warna merah jambu menunjukkan jiwa muda. Warna ini juga mampu menunjukkan pesona  diri individu yang segar, menarik, agresif serta cantik pada pandangan mata kasar tanpa kehilangan kecantikan semulajadi.


Merah :

Warna merah akan lebih berkesan jika dipakai oleh wanita dewasa bagi menampakkan pengaruh dan kematangan. Merah secara visual mewakili sikap matang, berani dan terbuka.



Jingga :

Membuatkan penampilan nampak nakal, sedikit keanak-anakan, ceria selalu.




Ungu :

Sesuai buat mahasiswi, lambang rasa memberontak dan menggoda.

 
 Merah ungu :

Nampak matang, dewasa, tapi konservatif.

 
Biru atau hijau :

Mempamerkan penampilan yang bergaya, jiwa muda dan menandakan kesedihan anda untuk belajar perkara-perkara baru.



Memilih warna gincu yang sesuai dengan jenis kulit :




Gincu merah jambu :


- Kulit kuning : Hindari warna merah jammbu pucat kerana ia hanya akan membuat anda kelihatan lebih pucat, pilih warna merah jambu dari rona anggur atau berry pink.


- Kulit agak gelap : Pilih warna merah jambu dengan efek sheer, berkilat, agar semakin menawan.


- Kulit sawo matang : Pilih warna merah jambu bernuansa mocha atau kecoklatan.




Gincu merah :


- Kulit putih : Warna merah dalam variasi apapun pastinya sesuai jika anda dalam kategori wanita berkulit putih. Namun jangan terlalu menjolok mata, sesuaikan dengan waktu dan acara.


- Kulit kuning : Pilih merah tua dengan sedikit rona ungu seperti warna merah maroon atau burgundy. hindari gincu merah berona jingga, kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan pucat.


- Kulit gelap : Penampilan akan lebih terserlah dan sesuai sekali sekiranya anda mengenakan gincu berwarna coklat tua atau warna red mahogani.






Gincu coklat :


- Kulit putih : Pilih coklat beige berona merah jambu untuk menambahkan kesan segar dan aktif. Jika menghadiri majlis malam, pilih gincu dari rona honey agar kelihatan semulajadi atau warna mocha untuk menonjolkan karakter wajah anda, terutama jika tulang pipi agak menonjol.


- Kulit sawo matang : Pilih gincu warna coklat nuansa kopi agar terkesan eksotik. Tetapi jika tujuan anda untuk menonjolkan warna kulit, terutama untuk penampilan disiang hari, warna mocha adalah pilihan yang paling sesuai. Untuk waktu pagi, gincu karamel digunakan untuk kesan segar semula jadi.


- Kulit kuning langsat : Pilih coklat toffee agar wajah segar, bercahaya. Variasi mahogany menonjolkan karakter muka, dan memiliki kesan dewasa. Sedangkan coklat sedikit merah atau plum, punya kesan nakal menggoda.


- Kulit gelap : Coklat memang diciptakan untuk anda. Baik sekiranya anda dapatkan coklat gelap dengan sentuhan plum pekat atau glossy beige.




* Sumber : Info hasil dari pembacaan

Leave a Reply

Labels