Thursday, 19 May 2011

Cara Mengukur Saiz Bra

0 comments







Adakah anda benar2 memakai bra yang sesuai dengan saiz payudara anda??? Atau mungkin anda pernah alami simptom seperti gatal pada bahagian payudara, merah2 seperti melecet sekitar bawah lingkaran payudara, rasa sesak dan tidak selesa semasa memakai bra?

Jika hal tersebut berlaku bermakna anda mungkin telah memakai bra yang tidak sesuai dengan saiz payudara anda. Harus diingat bahawa payudara adalah harta berharga buat wanita khususnya untuk menambat hati suami. Oleh itu jagalah ia sebaik mungkin dengan memulakan langkah pertama memilih bra yang benar2 sesuai dengan payudara anda.

Di sini disediakan tips memilih bra yang sesuai :-


1) Ukur Lingkaran Badan

Ambil pita pengukur dan lilit badan bawah payudara (dekat area tulang rusuk bawah payudara). Ukuran dikira dalam unit inci. Jika hasil ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci. Jika ukuran nombor ganjil, tambahkan 5 inci.

Contoh:
Ukuran lilit badan pada pita pengukur menunjukkan angka 28, jadi ukuran bra anda ialah 32. (28+4=32). Sekiranya ukuran lilit badan anda adalah 29, maka ukuran bra yang sesuai untuk anda ialah 34. (29+5=34).


2)  Ukuran cawan

Ukuran pada cawan@cup bra adalah merupakan bahagian paling penting. Pilih saiz cup yang tepat supaya payudara anda boleh bernafas dengan betul! Ukur lilit badan pada bahagian paling depan payudara (bahagian puting paling menonjol). Bundarkan ukuran tadi kepada nombor genap. Kira perbezaan dengan angka ukuran lilit badan yang telah dibuat awal-awal tadi.

Contoh:
Ukuran lilitan badan tadi = 28 . Ukuran lilitan payudara = 31. Jadi perbezaan ialah 3 inci.

Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D


Info Penting :

Jangan memakai bra semasa tidur. Memakai bra sepanjang waktu dapat menyekat aliran darah sekitar payudara dan berisiko untuk mendapat  kanser payudara!



Selamat Mencuba 

Leave a Reply

Labels