Thursday, 26 May 2011

Rahsia Alis Mata

0 comments
Benarkah ada rahsia yang tersembunyi disebalik alis mata seseorang wanita? Mungkin anda sendiri boleh menilainya...

Sebelum itu mari kita kenali dengan lebih dekat tentang alis mata. Alis mata ialah susunan bulu atau rambut di atas kedua mata manusia. Ianya berfungsi untuk melindungi mata dari bendasing. Selain itu bagi seorang wanita ia adalah merupakan salah satu daripada aset kecantikan wajah masing-masing.




Sama juga dengan rambut, alis mata juga ada bermacam-macam jenis. Disebabkan adanya keunikan dan perbezaan alis mata pada setiap orang, maka terdapat satu kajian tentang keunikan dan perbezaan tersebut. Anda nilai sendiri kebenarannya...


Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang sederhana

  • Menunjukkan dia seorang yang ideal untuk dijadikan teman hidup
  • Dia seorang yang sederhana, tidak terlalu cantik dan tidak terlalu hodoh
  • Dia sentiasa ingin memberikan kebahagiaan dan membantu pasangannya
  • Dia mempunyai tutur kata yang lembut
  • Otaknya cerdas
  • Bersifat agak kelakar
  • Dia boleh menghiburkan dan menenangkan hati pasangannya


Alis mata yang bersih, berwarna semulajadi dan mempunyai lengkungan yang tajam

  • Dia seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam
  • Dia seorang yang suka campur urusan orang lain (busy body)
  • Ada ciri-ciri sombong dan berlagak padanya
  • Cepat rasa cemburu
  • Dia seorang yang suka untuk memajukan diri menjadi lebih baik
  • Mudah menyesuaikan diri
  • Panjang akal serta pandai menyelesaikan masalah
  • Mempunyai daya imaginasi yang hebat
  • Dia suka melakukan perkara-perkara yang baru dan mencabar

Alis Tebal

  • Dia sentiasa berhati-hati dalam perbicaraannya (bercakap bila perlu sahaja)
  • Dia seorang pendiam
  • Dia seorang pendengar yang baik
  • Sangat setia dan taat pada pasangannya
  • Dia seorang yang sensitif dan mudah terluka hatinya
  • Boleh mengamuk jika tahap kemarahannya melebihi batasan





Alis Nipis

  • Dia seorang yang keras hati
  • Dia seorang yang banyak cakap (mulut kepoh)
  • Dia suka bercakap apa saja walaupun tidak penting
  • Dia seorang yang banyak idea dan aktif
  • Dia seorang yang agak agresif semasa diranjang
  • Dia seorang yang cerewet tapi bijak
  • Dia seorang yang agak garang tapi berpatutan


Alis yang jarang dan nipis

  • Dia seorang yang sangat keras hati
  • Dia seorang yang mempunyai ego yang tinggi
  • Dia seorang perfectionist dan rasa dirinya sahaja yang betul
  • Dia susah dengar cakap orang
  • Kalau jadi isteri akan lebih cenderung untuk menjadi 'Queen Control'
  • Dia mempunyai kemahuan yang tinggi dan sentiasa mahukan yang terbaik


Alis yang panjang, bersambung dan berumbai-umbai

  • Dia mempunyai nafsu dan keinginan yang kuat
  • Dia seorang yang suka berdengki dan mudah iri hati
  • Dia mempunyai perwatakan yang mempersona dan mudah menarik perhatian
  • Dia pandai bertutur kata dan agak peramah


Alis yang naik melengkung ke atas

  • Dia seorang yang sangat pandai menyembunyikan perasaannya
  • Dia seorang yang pandai berpura-pura dan berlakon
  • Dia seorang yang panjang akal dan pintar dalam memenuhi kemahuannya
  • Dia pandai menjaga hati dan menyukakan hati pasangannya


Alis mata yang ada tahi lalat

  • Dia seorang yang baik hati dan taat pada pasangannya
  • Dia tidak suka menyusahkan orang lain
  • Dia suka memberikan pertolongan kepada orang yang disayanginya
  • Dia seorang yang sempoi dan bersahaja
  • Dia juga pintar dan sentiasa mementingkan orang yang disayanginya




Leave a Reply

Labels