Wednesday, 22 June 2011
Gemuk Punca Lemah Batin
Kegemukan merupakan punca seseorang cepat letih dan sukar untuk melakukan hubungan kelamin suami isteri. Hubungan seksual memerlukan stamina, tenaga dan kekuatan daya fizikal. Oleh yang demikian, anda perlu menjalani program penurunan berat badan.
Mungkin selama ini anda tidak begitu peka tentang pengambilan makanan. Untuk memiliki tubuh badan yang sihat, anda perlu makan makanan seimbang dan kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kalori seperti makanan yang kaya karbohidrat. Ini bermakna anda perlu kurangkan makan nasi. Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan serat yang boleh membuatkan anda rasa kenyang.
Di samping itu, anda perlu melakukan senaman secara berkala. Senaman bercorak aerobik sangat sesuai, misalnya berjalan cepat sambil menggoyang-goyangkan tangan, berenang dan apa sahaja aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan stamina kepada anda. Sekiranya anda berjaya melakukan senaman selama setengah jam sehari, itu sudah memadai.
Jangan berlengah lagi. Lakukanlah apa yang disyorkan ini. Semoga kesihatan anda lebih terkawal.
Sumber : Perpustakaan Negara
Dari meja pengarang : dalamcantik.com
Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)