Tuesday, 21 June 2011
Masalah Anak Kencing Malam
Istilah saintifik psikologi untuk masalah kencing malam atau bedwetting ini adalah "enuresis". Ia adalah satu keadaan di mana seseorang itu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencingnya. Biasanya jika seseorang itu sudah dewasa dan sepatutnya sudah selayaknya dapat mengawal pengeluaran air kencingnya tetapi gagal untuk melakukannya, maka anda tergolong dalam "enuresis". Sebahagian anak-anak kecil pada awalnya memang susah untuk menyesuaikan dirinya.
Bagi anak-anak yang meningkat dewasa latihan dan galakan perlu diberikan kepada anak-anak ini. Pakar psikologi juga ada membuat satu kaedah carta bintang di atas kalendar. Setiap kali malamnya iaitu tiada kencing malam, maka satu bintang untuk tarikh hari itu. Jika kencing malam, tiadalah bintang atau simbol lain. Jika kiraan bintang itu mencapai target, maka berikan hadiah untuk menghargai usahanya sehinggalah bulan-bulan berikutnya semua bintang penuh di kalendar. Kadangkala ibu bapa terpaksa memakaikan lampin untuk anak-anak mereka apabila mahu tidur malam kerana masalah kencing malam ini.
Namun, sebenarnya cara ini kurang mendidik anak-anak kita. Maka, sebagai ibu bapa perlulah berkorban sedikit masa dan tenaga untuk mendidik anak-anak kita. Sebelum anak-anak tidur pastikan mereka sudah membuang air dahulu. Beri galakan sebelum tidur supaya bangun malam apabila terasa seperti mahu membuang air. Dengan cara ini kita telah mengajarnya untuk diingati bahawa perlu bangun malam apabila mahu membuang air kecil dan bukan di atas tilam.
Beri pujian apabila anak-anak berjaya tidak kencing di atas tilam. Boleh juga menggunakan carta bintang jika mahu. Satu lagi, puan boleh mengejutkan (jika mampu) anak di tengah-tengah malam untuk bangun membuang air kecil. Dengan cara ini, kita melatih anak-anak kita untuk bangun malam apabila terasa seperti mahu membuang air kecil.
Kalau boleh gunakanlah tilam yang nipis atau comforter supaya tidak terlalu terbeban untuk membasuh tilam yang tebal. Yang paling mustahak, berikan galakan dan motivasi dan bukannya mengejek atau memarahinya di hadapan kawan-kawannya atau adik-beradiknya. Ia akan hanya membuatkannya malu dan kurang keyakinan diri sehingga menyebabkan masalah kencing malamnya berlarutan.
Sumber : Perpustakaan Negara
Dari meja pengarang : dalamcantik.com
Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)