Wednesday, 8 June 2011
Merangsang Ghairah Suami
Dalam membangkitkan keghairahan suami adalah cukup mudah kerana dengan rangsangan visual, lelaki mudah terangsang. Namun begitu bagaimana kiranya rangsangan itu dibuat melalui sentuhan? Ia cukup efektif bilamana kita benar-benar bermain di titik erotisnya.
Seks bukan hanya satu kewajipan. Tapi ianya juga merupakan satu 'permainan' yang memerlukan kegembiraan, eksperimen dan teknik tertentu untuk mencapai puncak kenikmatan. Biasanya kehangatan seks ini hanya mampu bertahan untuk tempoh dua tahun awal perkahwinan. Selepas itu biasanya seks yang awalnya mempersona kini kian pudar dan tidak lagi mengghairahkan. Malah seks hanya sekadar menjadi rutin dan melengkapkan tuntutan tanggungjawab sahaja. Kenikmatan yang dikecapi pada malam pertama hanya tinggal kenangan.
Untuk mengembalikan semula kehangatan hubungan seks di awal perkahwinan, ada beberapa tips yang anda harus lakukan :-
1) Bebaskan Ekspresi Anda
Buka fikiran dan buang jauh-jauh mitos bahawa seks merupakan bentuk ekspresi anda berdua yang bersifat wajib dan lelaki harus lebih aktif manakala wanita sekadar menjadi pasif. Sekiranya anda dan pasangan menyukai posisi tertentu, jangan segan silu untuk mengusahakannya bersama. Luahkan keinginan masing-masing dalam melayari hubungan tersebut.
2) Komunikasi Dapat Meningkatkan Kualiti Seks
Katakan pada pasangan apa yang anda inginkan darinya. Bimbing tangannya untuk menunjukkan bahagian mana yang amat anda gemari untuk disentuhnya, begitu juga sebaliknya. Adalah lebih baik anda memberitahu pasangan anda apa yang anda rasakan ketika dia menyentuh bahagian tubuh anda. Ini akan dapat meningkatkan lagi rasa ghairah pasangan anda.
3) Jangan Malu Menunjukkan Hasrat Dengan Sensasi Desahan Nafas
Ini disebabkan dengan desahan nafas serta jeritan-jeritan kecil dapat meningkatkan ghairah pasangan anda. Bunyi-bunyian tersebut merupakan tanda anda dan pasangan sedang benar-benar menikmati hubungan yang sedang berlangsung.
4) Kenali Bahagian Tubuh Pasangan Yang Benar-Benar Terangsang Bila Di Sentuh
Ingatlah bila kali terakhir anda menyentuh bahagian tersebut. Ini kerana sentuhan di bahagian yang sama akan mudah membuatkan pasangan anda berasa bosan. Lakukan dengan penuh santai dan menikmati setiap saat bersama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)