Thursday, 23 June 2011

Pengurusan Kewangan Peribadi

0 comments
Bijak Wang




Sebelum anda mempertimbangkan untuk mencari pekerjaan dengan gaji lebih tinggi, mengawal kewangan adalah pekerjaan pertama yang wajib anda selesaikan. Dalam mengelola kewangan, anda seharusnya membuat anggaran yang tepat nilai pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Perhatikan apa yang anda lakukan, apa yang anda habiskan dan apa yang anda simpan.

Berikut adalah 8 langkah yang dicadangkan dalam membuat anggaran kewangan untuk menjadi lebih baik :-

1. Identifikasi prinsip hidup anda
 
Apa yang penting bagi anda? Sebagai contoh, adalah mana yang lebih penting antara gaji yang tinggi dengan kerja lembur versus menghabiskan waktu berkualiti bersama keluarga anda? Buat daftar tersebut dalam jelas sehingga mudah anda pelajari.

2. Tetapkan tujuan kewangan
 
Tujuan anda harus mencerminkan nilai-nilai peribadi anda.


3. Menuliskan sumber-sumber pendapatan
 
Bagi kebanyakan orang, ini adalah bulanan atau gaji bulanan. Kenal pasti jumlah bulanan. Mungkin ada tambahan lain? Tulis semuanya.
 
4. Tulis perbelanjaan yang anda keluarkan
 
Untuk apa? Makanan, gas, sewa, atau pembayaran kereta , setiap satu sen yang anda belanjakan harus ditulis.


5. Tinjau kembali hutang anda
 
Kumpulkan semua hutang anda, kira berapa jumlah setiap bulannya. Ambil kalkulator, ambil nafas dalam-dalam, dan kira hutang anda dengan adil.


6. Buat perancangan
 
Lihat pengeluaran wang anda dan cuba untuk menentukan cara untuk menjimatkan wang.


7. Mengawal pengeluaran
 
Sekarang waktu untuk hidup di dalam perancangan anggaran anda. Menyimpan notebook, atau menggunakan komputer genggam. Catat jumlah setiap kali anda melakukan pembayaran, menulis cek, atau membeli sesuatu.

 
8. Evaluasi perancangan anda
 
Apakah anda menghabiskan lebih banyak daripada yang anda telah anggarkan? Jika demikian, bagaimana sikap anda terhadap pengeluaran itu? Jika demikian mengevaluasi kembali perancangan yang telah anda buat.




Sumber : Perpustakaan Negara

Dari meja pengarang : dalamcantik.com

Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).

Leave a Reply

Labels