Tuesday, 21 June 2011
Telur Ayam Sumber Protein
Telur ayam mengandungi sumber protein dan hampir semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Telur juga mengandungi "aphrodisiac" serta kaya dengan protein, zat besi dan vitamin.
Kini terdapat pelbagai jenis keluaran telur ayam yang bermutu. Ayam-ayam yang menghasilkan telur ini diberi makanan khusus. Anda boleh lihat telur-telur ayam yang dikeluarkan mempunyai khasiat omega 3, caratonoid dan ada juga telur yang mempunyai tambahan selenium.
Telur ini didapati lebih besar saiznya, bermutu, sedap dan tahan lebih lama. Khasiat tambahan juga dapat membantu dari segi kesihatan. Sebagai contoh, omega 3 dapat membantu mengurangkan serangan sakit jantung dan turut meningkatkan perkembangan otak.
Caratonoid pula adalah phytonutrien yang melengkapkan pengambilan khasiat pemakanan. Xanthrophylls adalah caratonoid yang terkandung di dalam telur. Ia membantu melindungi sel-sel tubuh manusia daripada mamahan usia dan kesan alam ke atasnya. Khasiat selenium adalah sejenis garam galian dan bahan antioksida. Khasiat ini membantu dari segi sistem pertahanan badan.
Menurut kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak. Namun begitu, kepelbagaian itu penting.Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh tubuh badan. Makan telur pula adalah sebahagian daripadanya.
Sumber : Perpustakaan Negara
Dari meja pengarang : dalamcantik.com
Anda boleh menghantar soalan atau cadangan topik ke email dalamcantik@gmail.com (maklumat anda akan dirahsiakan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)