Monday 26 September 2011

Tegur Ibu Penuh Hemah

0 comments
Bicara Agama




Soalan


Saya mempunyai ibu yang berusia 63 tahun namun beliau sering meninggalkan solat. Bagaimanakah saya hendak menegur perbuatan ibu yang berdosa itu dan dalam masa sama tidak membuat ibu saya berasa kecil hati?


Jawapan



Dalam usia emas begitu, bukan mudah seorang anak menegur kesilapan orang tua, apatah lagi dia ibu kita. Teguran sesama manusia adalah wajib tapi perlu dibuat dengan berhemah tanpa memalukan atau mengaibkan sesiapa.

Kita boleh menegur ibu tanpa perlu bersuara iaitu apabila masuk waktu, ajak dia berwuduk dan melakukannya bersama-sama keluarga.

Doakan supaya dia berubah dan mohon supaya Allah mengampunkan dosanya dan membuka hatinya untuk beribadah. Ada perkara yang boleh diubah tanpa perlu bercakap tetapi melalui perbuatan ikhlas.



Leave a Reply

Labels