Wednesday 12 October 2011

Kahwin Muda

0 comments


Berstatus "Puan" di kampus

Si buah hati pengarang jantung bersama dengan keluarga datang untuk melamar kamu? Siapa yang tidak suka !!! Pasti kamu insan yang paling bahagia tatkala itu. Oops, tapi kamu masih belajar lagi dan menetap di dalam kampus. Macam mana ni ???


Get Some

Bahan rujukan


Jika di usia masih muda remaja, kamu sudah pun
sah menjadi milik sang arjuna dengan ikatan yang sah. Di kampus, pasti kamu menjadi bahan rujukan untuk teman-teman lain yang masih bersendirian (single) dalam memberikan nasihat, berkongsi pengalaman dan juga bertanyakan soalan.


Damai

Berbekalkan kilauan cincin di jari manis kamu, jumlah
lelaki lain yang mahu mengurat dan mengacau kamu akan berkurangan. Bukan sahaja para jejaka di kampus tahu kamu sudah berpunya, para pensyarah juga akan fokus mengajar tanpa mahu ambil kesempatan. Apa yang pasti, mereka pasti akan silau mata melihat ‘bling-bling’ di jari manis mu itu!


Peneman setia

Nama pun pasangan pengantin baru. Apa sahaja
keperluan akan dipenuhi dan segala permintaan akan ditunaikan. Hal ini termasuklah soal keselamatan dan penjagaan kamu. Dengan adanya suami tercinta di sisi, kamu tidak perlu risau lagi untuk mahu ke mana-mana kerana pasti ada peneman setia di sisi. Kamu kini tidak perlu risau lagi untuk pulang perbincangan kumpulan jam 12 malam ataupun lapar pada waktu tengah malam. Sang suami pasti ada 24 jam untuk menjaga kamu. Oh, sweet!


Lose Some

Waktu Santai


Ketika di alam kampus, di masa inilah ada di antara kamu
yang baru nak belajar berdikari, belajar untuk mengenal perit jerih dunia serta belajar mengenal ragam manusia. Oleh itu, waktu santai banyak dihabiskan bersama dengan teman-teman dan orang di sekeliling. Kamu juga boleh namun, pasti perlu minta izin suami atau isteri dahulu. Kan susah pada waktu belajar, kamu harus memberikan komitmen kepada dua perkara. Jika diabaikan salah satu, pasti merana diri.


Gosip Liar

Kalau mulut tempayan, bolehlah ditutup dan kalau
mulut manusia? Aduh! Pasti apabila kamu sudah berkahwin di usia remaja, ada mata yang tidak sedap memandang dan ada telinga yang tidak harus didengar. Gosip liar yang mengatakan kamu kahwin kerana terlanjur atau married by accident? Malunya! Tetapkan iman kamu bahawa kamu kahwin kerana jodoh telah tiba. Orang yang mengata bukan faham dan kamu perlu banyak bersabar untuk menempuh situasi ini. Ingat, jangan sesekali tertekan kerana mulut orang sehingga terabai pelajaran.


Jangan mengatal!

Berstatus ‘puan’ akan membuatkan pergerakan kamu sedikit terbatas. Jika dahulu kamu cukup terkenal dengan gelaran ‘hot chic’ dan sering bertukar pasangan ibarat menukar baju, kini tidak boleh lagi. Pergaulan dengan teman berlainan jantina juga akan terbatas apatah lagi jika ia melibatkan tugasan kumpulan. Jika berlebihan, mungkin ada yang cemburu buta nanti. Kamu harus tahu membatasi pergaulan agar status ‘hak milik orang’ yang kamu pegang itu
tidak tercalar. Hmm, tak rasa menyusahkan ke?




 

Leave a Reply

Labels