Sunday 2 October 2011

Membuat Dapur Kelihatan Mewah

0 comments


Bertepatan dengan kepentingan ruang dapur ini seharusnya ruang dapur dipersembahkan dengan sebaik mungkin. Tampil selesa, kemas dan sewajarnya tampil bergaya untuk membentuk ruang dapur bertaraf dunia yang mementingkan elemen-elemen senibina dan idea dekorasi hebat untuk kelihatan mewah.

Membentuk dapur seperti itu, ada beberapa tip praktikal yang boleh dijadikan panduan :-

1) Jika mahu suntikan dekorasi dapur klasik yang berkesan, gunakan sahaja rekaan kabinet yang diperbuat daripada kayu oak. Seni-seni halus jaluran pada permukaan kayunya cukup istimewa dan cantik. Malah tidak keterlaluan dikatakan penggayaan kabinet daripada kayu oak mampu menyerlah kan keunggulan taraf si penggunanya.

2) Pilihan kayu berira halus seperti pokok mapel atau ceri juga sesuai digunakan untuk membentuk kabinet dengan gaya ruang moden kontemporari. Juga berkesan dengan mengayakan pilihan kabinet daripada kayu berlamina yang memiliki tekstur seakan corak kayu yang halus dapat menarik perhatian. Gabungan rekaan kabinet ini jika dipadankan bersama pilihan kaunter top yang memiliki kontra warna yang nyata turut memberi kesan hebat kepada gaya ruang dapur moden kontemporari yang ingin direncanakan secara keseluruhan.

3) Perletakkan kabinet paling bergaya dan praktikal adalah dengan jelmaan bentuk U untuk membenarkan keupayaan berfungsi segi tiga kerja menjadi lebih berkesan. Pun begitu bentuk-bentuk popular reka letak kabinet lain adalah bentuk L dan dihadirkan bersama kaunter pulau ditengahnya.

4) Penataan kabinet kaca turut mampu menyuntik gaya hebat untuk ruang dapur. Ia juga sebagai satu cara untuk pemilik dapat mempamerkan keindahan pinggan mangkuk yang dimiliki sebagai sebahagian elemen dekorasi ruang dapur.

5) Menggunakan perkakasan keluli tahan karat berjaya menonjolkan persembahan ruang dapur yang hebat dan menarik. Tambah menyerlah jika digayakan bersama dengan pinggan mangkuk bersadur emas atau perak. Kesempurnaan yang ditonjolkan membentuk gaya mewah nan hebat kepada keseluruhan persembahan ruang.




Leave a Reply

Labels