Thursday 27 October 2011

Perkara Buat Anda Nampak Penat

0 comments


Bangun tidur pagi ini, tidak semena-mena muka anda nampak sembap. Walhal hari sebelumnya, anda tidak melakukan sebarang aktiviti yang membuatkan anda penat. Bagaimanapun, ada beberapa sebab mudah yang menyebabkan wajah nampak letih walaupun anda sebenarnya tidak. Ketahui sebabnya dan cuba elakkan :-


1) Makanan Garam

Terlebih ambilan garam dalam badan boleh menyebabkan muka nampak bengkak. Selain garam biasa yang digunakan dalam masakan, anda juga perlu hadkan penggunaan monosodium gultamat (msg). Satu lagi yang mungkin anda tidak sedar, kicap!!! Menambah kicap pada hidangan, sama seperti menabur garam ke seluruh pinggan.


2) Solekan Tebal

Menyapu asas (foundation) solekan yang terlalu tebal boleh membuatkan wajah kelihatan seperti memakai topeng, sekaligus menampakkan anda lebih tua daripada usia sebenar. Elak juga mengenakan pemerah pipi yang terlalu kontra dengan warna kulit anda. Kedua-duanya akan menampakkan muka anda letih dan sembap.


3) Tidur Meniarap

Gaya meniarap ketika tidur sebenarnya memerangkap cecair dalam tisu muka dan menyebabkan muka sembap keesokan harinya. Cara tidur yang baik, sama ada terlentang atau mengiring ke kanan.


4) Tidak Cukup Air

Dehidrasi mempercepatkan kulit wajah menjadi kering sehingga anda kelihatan penat. Jadikan 'minum lebih 8 gelas sehari' sebagai rutin harian anda.




 

Leave a Reply

Labels