Thursday, 17 November 2011

Apa Itu Selaput Dara ???

0 comments


Selaput dara atau istilah saintifiknya hymen (bukan hai men!) (how are you men). Ia merupakan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina. Selaput ini sudah ada sejak kita dilahirkan di dunia ini. Posisi selaput dara adalah diantara satu atau dua sentimeter dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat selari dengan liang vagina. Namun begitu ada juga yang bentuk macam bulan sabit dan sebagainya sehingga tidak boleh dikategorikan sebagai bentuk.

Selaput dara amatlah nipis dan mempunyai membran yang lembut. Secara biologinya membran ini tiada fungsi, tetapi ia dianggap sebagai nilai atau bukti kegadisan seorang wanita.


Adakah semua wanita mempunyai selaput dara ???

Tidak semua wanita mempunyai selaput dara. Ada kajian mengatakan ada juga bayi perempuan yang dilahirkan tanpa selaput dara.


Apa sebab selaput dara pecah ???

Walaupun ia hanya lapisan lendir, selaput dara sangat elastik dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila mengadakan hubungan seksual, atau memasukkan objek keras di dalam vagina, atau rawatan perubaran yang dilakukan pada liang vagina, gangguan saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang berkaitan.

Ketebalannya adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang mempunyai selaput dara yang sangat nipis dan mudah koyak. Sebaliknya, ada juga wanita yang mempunyai selaput dara yang tebal hinggakan sudah bersetubuh berkali-kali pun masih tidak pecah selaput daranya. Ini disebabkan keutuhan selaput daranya.


Adakah selaput dara lambang kesucian wanita ???

Memang selalu dikaitkan kerosakan selaput dara adalah disebabkan hubungan seksual. Peratusan yang tinggi dari masyarakat menyatakan seseorang wanita adalah masih gadis jika belum pernah mengadakan hubungan seksual. Isu ini telah diambil kira sebagai kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dianggap tidak suci sekirannya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama pengantin. Sebenarnya, tanggapan ini tidak berasas langsung jika anda kaji semula sifat selaput dara ini. Ia mungkin memang tiada sejak lahir atau memang susah hendak dipecahkan, bergantung pada wanita tersebut.


Adakah perlu selaput dara pecah mengeluarkan darah ???

Mungkin anda dengar cakap orang-orang tua yang tidak pernah kaji sains. Mereka mengatakan perlu ada darah bila kali pertama melakukannya. Jadi, jawapannya tidak! Kerana sifatnya yang fleksibel, ia mungkin melentur dengan sendirinya sewaktu hubungan seks berlaku. Oleh itu pengeluaran darah tidak mungkin berlaku.

Dalam kajian saintifik mengatakan, selaput dara ini mempunyai sedikit pembuluh darah. Jika semakin nipis selaput daranya, maka semakin sedikitlah pembuluh darahnya. Sehinggakan ia tidak kelihatan seperti darah.

Dengan fakta-fakta di atas, dinasihatkan kaum lelaki janganlah menilai kesucian seorang wanita hanya dengan berlandaskan selaput dara. Dalam dunia sekarang, selaput dara bukanlah panduan untuk anda mencari isteri yang solehah. Cuba buka minda dan fikirkan perkara yang lebih positif ke arah kebahagiaan rumah tangga anda.





Leave a Reply

Labels