Saturday, 19 November 2011
Bayi Menyusu Badan Tinggi IQ
Bercakap soal nutrisi, memang tak dapat dinafikan susu ibu memberikan yang terbaik. Syarikat susu formula melabur jutaan ringgit untuk mengkaji komponen dan komposisi nutrien dalam susu ibu untuk diadaptasi dalam susu formula mereka, namun tak dapat menyainginya.
Bercakap soal Intelligence, atau biasa kita kaitkan dengan IQ, bayi menyusu ibu dikatakan memiliki IQ yang lebih tinggi. Benarkan itu? Adakah itu bermakna bayi yang tidak menyusu ibu tidak cerdik atau rendah IQ? Bayi menyusu dengan ibunya, cenderung untuk memiliki IQ yang tinggi, bukan semata-mata kerana dia minum susu ibu. Tapi proses penyusuan susu ibu itu sendiri kerana itulah dikatakan penyusuan susu ibu bukan semata-mata memberi makanan kepada anak, malah ia lebih dari itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)