Saturday, 19 November 2011

Kek Lapis Blueberry

0 comments


Bahan kek :-
 
100gm gula kastor
100gm tepung berserbuk penaik
50gm mentega | dicairkan
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila 


Bahan krim :-
 
400gm krim segar | telah siap diputar
400gm inti blueberi | boleh didapati di kedai pastri
Susu atau jus epal secukupnya 


Cara memasak :-
 
1. Untuk membuat adunan kek, putar telur hingga gebu dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar lagi sehingga gula menjadi larut.
 
2. Kemudian kaup balikkan tepung ke dalam adunan. Tuangkan mentega cair dan esen vanila. Kacau perlahan.
 
3. Seterusnya tuangkan adunan kedalam acuan bulat berukuran 20sm yang telah dilapik dengan kertas serap minyak.
 
4. Bakar pada suhu 180ºC selama 30 minit atau sehingga berwarna keemasan.
 
5. Setelah itu, alihkan daripada ketuhar dan biarkan sejuk.
 
6. Apabila kek telah sejuk, belahkan kek menjadi dua atau tiga keping dan ketepikan.
 
7. Untuk membuat adunan krim pula, putar krim segar dan masukkan sedikit susu atau jus epal sehingga gebu.
 
8. Seterusnya lapiskan kek dengan krim putar tadi dan inti blueberi selapis demi selapis.
 
9. Akhir sekali, dinginkan kek selama tiga hingga empat jam. Potong mengikut saiz kesukaan sebelum dihidangkan.




 

Leave a Reply

Labels