Friday, 11 November 2011

Kenapa Kita Melahirkan Anak?

0 comments


Keindahan sebuah perkahwinan sering digambarkan oleh setiap pasangan yang bakal berumah tangga. Ia bukan sahaja menggambarkan keseronokan menjadi isteri atau suami, perkahwinan itu juga sebagai mengerat kasih saya mereka selama ini.

Di samping itu, pasangan juga inginkan anak yang ramai sebagai penyambung zuriat. Adakah anda tahu tujuan sebenar melahirkan zuriat.

Antara tujuan mengapa kita wajar melahirkan zuriat : 


1. Amanah

Anak ialah amanah Allah yang perlu dipelihara dengan sempurna dan dilunaskan segala keperluannya sehingga baligh bagi lelaki dan berkahwin bagi perempuan. 


2. Tanggungjawab

Anak bertanggungjawab menghormati ibu bapa dan menjaga ibu bapa yang sudah tua. Ini ialah harapan setiap pasangan. Ketika usia meniti senja mereka perlukan belaian dan kasih sayang orang  yang hampir dengan mereka, misalnya anak-anak.
 

3. Penawar

Anak sebagai cara meleraikan kekusutan perhubungan suami isteri yang bermasalah atau mengeratkan perhubungan yang renggang.
 

4. Keseronokan

Kehadiran bayi dalam sebuah rumah tangga ialah sebagai pengerat kasih sayang pasangan.
 

5. Keturunan

Anak bukan sahaja penyambung keturunan, sebaliknya anak ialah pembela nasib ibu bapa. Di samping itu, anak bakal mewarisi harta atau hutang yang kita tinggalkan.


6. Bukti kesuburan suami isteri 

Kelahiran anak sebagai bukti pasangan mampu melahirkan zuriat iaitu tidak mandul. 


7. Penyambung

Anak adalah penyambung hasrat ibu bapa yang selama ini tidak mampu dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya, ingin menjadikan seorang yang berjaya atau berpelajaran tinggi. Tetapi hasrat itu tidak tercapai kerana pelbagai faktor, misalnya kemiskinan. Dengan lahirnya anak, mereka berhasrat ingin jadikan anak ini sebagai penyambung keinginan mereka. Jadi, mereka berusaha mendidik anak ini agar mampu menyampaikan hasrat mereka selama ini. 


8. Pembantu

Anak boleh membantu ibu bapa ketika susah misalnya sakit atau membantu tugas ibu bapa mencari nafkah.





Leave a Reply

Labels