Thursday 17 November 2011

Merancang Keluarga

0 comments


Kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 200 juta wanita di seluruh dunia ingin menggunakan kaedah perancangan keluarga yang selamat dan berkesan, tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan kekurangan maklumat dan perkhidmatan mengenai hal itu. Pada masa sama, setiap tahun 190 juta wanita di seluruh di dunia hamil dan hampir 50 juta daripadanya melakukan pengguguran.

Kedua-dua senario itu secara tidak langsung, menunjukkan perancangan keluarga perlu dipandang secara serius sama ada wanita mahupun lelaki dan masing-masing perlu bertanggungjawab dalam membuat pilihan yang bermaklumat. Pasangan seharusnya hanya menjadi ibu dan bapa apabila mereka sudah bersedia dari segi emosi, fizikal serta kewangan.

Berdasarkan satu kajian yang pernah dibuat mendapati wanita berkahwin berusia 14 hingga 49 tahun tidak menggunakan kaedah pencegahan kehamilan kerana beberapa alasan tertentu. Antaranya ialah merancang untuk mendapat anak kedua, bimbang kesan sampingan, bantahan daripada suami dan alasan kesihatan.

Hakikatnya perancangan keluarga penting kerana ia boleh menyelamatkan kira-kira 175,000 wanita setiap tahun dan mencegah kematian 1.8 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Pada masa sama, satu pertiga semua kematian berkaitan kehamilan dan kelahiran boleh dielakkan.


Mengenai pencegahan kehamilan

1) Salah satu bentuk pencegahan kehamilan terawal dicatatkan dalam sejarah ialah menggunakan madu yang dimasukkan ke dalam faraj wanita diamalkan oleh wanita Mesir kuno.

2) Kondom digunakan oleh kebanyakan masyarakat dulu dan ia diperbuat daripada linen dan tisu binatang.

3) Pil oral pencegahan kehamilan yang pertama diluluskan di Amerika Syarikat ialah pada 1960 dan digunakan lebih kurang setengah juta wanita pada tahun pertama.

4) Dianggarkan 85 peratus wanita aktif seksual yang tidak menggunakan apa-apa pencegahan kehamilan akan hamil dalam tempoh setahun. Tetapi kira-kira 45 peratus kes, alasan wanita tidak menggunakan kaedah pencegahan kehamilan adalah kerana kurang risiko kehamilan.


Antara kaedah merancang keluarga ialah :-

1) Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar)

2) Halangan (kondom)

3) Pemandulan

4) Pil perancang (wanita)

5) Alat intrauterin (IUD)

6) Sistem intrauterin (IUS)

7) Implan

8) Suntikan





Leave a Reply

Labels