Thursday, 3 November 2011
Petua Kasih Sayang Suami Isteri
1) Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya di mulut tapi boleh juga di dahi atau di pipi.
2) Lafazkan ucapan " I Love You " seperti zaman bercinta dahulu dengan penuh perasaan.
3) Renung wajah pasangan anda seolah-olah itu adalah kali terakhir anda merenungnya. Kemudian belailah rambutnya.
4) Cuba nyanyikan lagu romantis buat pasangan anda. Sekiranya suara anda kurang merdu cukuplah sekadar memainkan lagu yang romantis dan katakan pada pasangan yang lagu itu anda tujukan buat dirinya.
5) Luangkan masa bercerita saat-saat bahagia ketika anda bercinta & berbulan madu dahulu.
6) Ucapkan terima kasih pada pasangan anda kerana telah sentiasa melakukan yang terbaik buat anda. Hargai pasangan anda sepenuh hati.
7) Tidurlah dalam keadaan berpelukan. Biarkan pasangan anda tidur berbantalkan lengan, dada atau bahu anda.
8) Sebelum tidur, anda dan pasangan digalakkan untuk saling memohon maaf atas segala kesalah yg telah anda lakukan pada hari itu.
9) Suami digalakkan untuk memeluk isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari bagi menghangatkan hubungan cinta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)