Wednesday, 25 April 2012

Jenis Perempuan Single

0 comments



12 Jenis perempuan single


1. Pencari Teman Hidup

Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan
melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka
terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain
terpaksa menunggu untuknya.

2. Bangkit Semula

Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja
yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka
tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang
terjadi.

3. Tak Peduli

Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka
hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu
jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.

4. Menunggu

Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk
"diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat
akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka
tersebut.

5. Bebanan Kahwin

Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada
dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah
sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti
yang menjadi keutamaannya.

6. Bebas

Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup
sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas
menentukan arah hidupnya

7. Ingin berkahwin

Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya
tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar
yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.

8. Pembelot

Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya
meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang
sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawankawannya.

9. Ingin Perbezaan

Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu
pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan
konsep pernikahannya.

10. Menjadi ibu

Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu.
Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan
harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin
untuk mempunyai anak.

11. Lambat dan mantap

Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap
berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya
untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau
keluarganya untuk segera berkahwin.

12. Perintis

Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan
cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.

Leave a Reply

Labels