Wednesday, 25 April 2012

Kebaikkan Menangis

0 comments



7 kebaikan menangis yang kita tidak ketahui


Ada beberapa alasan manusia
menangis:

1. Menangis kerana kasih sayang
dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi
penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan
lemah.
8. Menangis kerana mengikut-ikut
orang menangis.
9. Menangis untuk mendapat belas
kasihan orang.
10. Menangis orang munafik atau
pura-pura menangis.


Berikut adalah 7 manfaat menangis untuk kesihatan kita :

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri.
Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh
membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titik mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria. Di dalam air
mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95
peratus bakteria bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin
dan tempat tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan paras stress kerana dengan menangis, mood
seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan hasil dari menangis kerana
emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi-kan sistem
metabolisme tubuh jika nak dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan daripada iritasi
mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan
menemukan bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosi ternyata
mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, kerana keluarnya air mata yang beracun itu
menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui
mata.

5. Mengurangkan stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress eh? Air mata ternyata juga mengeluarkan
hormon stress yang terdapat dalam tubuh ddikenali sebagai endorphin leucine-enkaphalin
dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit
penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang
membangunkan sesebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan
masalahnya di depan sahabat atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini
boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi seseorang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun kita rasa bagai didera pelbagai macam
masalah dan dugaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem badan seperti otak dan jantung akan menjadi lancar. Oleh itu,
menangis akan membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di
fikiran kita dengan menangis. Pasti lepas tu kita akan merasa sangat lega.

Leave a Reply

Labels