Apa itu Repetitive Strain Injury (RSI) ?
RSI adalah akronim daripada
sejenis simptom berpunca daripada penggunaan komputer yang dikenali sebagai ‘
Repetitive Strain Injury’. Statistik 2011, menunjukkan bahawa penggunaan
internet / komputer di negara kita meningkat kepada 41 %, berbanding 25 % pada tahun 2009.
Penggunaan tertinggi adalah dalam kalangan orang muda berusia antara 20 – 24 tahun dengan enam nisbah 10 merupakan pengguna internet.
Jika anda ada senarai ini, anda berkemungkinan besar untuk mendapat serangan RSI.
- menggunakan komputer melebihi 2 jam sehari
- obes atau berlebihan berat badan
- menghidap diabetes
- atau menghidap artritis
- mengamalkan postur duduk yang tidak betul
- duduk untuk satu tempoh yang panjang
- merokok
80 % daripada kita tidak menyedari diri diserang RSI kerana simptomnya tidak ketara. Oleh itu, apa kata cuba teliti senarai simptom di bawah dan perhatikan adakah ia wujud pada diri anda.
- selalu berasa lemah & tidak bermaya
- kurang stamina
- kebas @ semut-semut
- hilang deria rasa
- rasa berat atau lenguh
- sukar membuka atau menggenggam tangan
- kaku
- sukar melakukan pergerakan seperti memusing tombol pintu, menyelak majalah , mengangkat cawan atau benda-benda lain
- rasa sakit pada pergelangan tangan terutama ketika bangun pagi
- terasa sejuk pada bahagian tangan
- menggigil
- rasa sakit ( walaupun sebenarnya RSI lazim tiada rasa sakit )