Apa itu Sukan?
Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan
sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan
ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian
di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa,
wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai
penonton.
Takrifan Sukan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan
lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat
juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
-
- Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
- Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:
-
- Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
- Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
- Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan
bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya
Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina,
kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain
contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan
pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada
sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan
kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.