Friday, 20 April 2012
Artis luar negara masukan microfon dalam seluar untuk hangatkan persembahan
APABILA persembahan konsert membabitkan artis luar,
kerap kali berlaku perkara yang tidak terduga termasuk soal berpakaian
dan aksi mereka ketika di pentas.
Fesvital muzik Live & Loud 07 yang dianjurkan
Live & Loud Sdn Bhd selama 10 hari mulai 23 November hingga 2
Disember lalu turut mengundang kontroversi. Festival muzik yang julung
kali diadakan itu menggabungkan persembahan artis tempatan dan
antarabangsa. Antaranya Dionne Warwick, Whitney Houston, Elliot Yamin,
Shaggy, K-Ci & Jojo, Kool and the Gang, James Ingram dan James
Morrison.
Artis tanah air pula Adibah Noor, Dayang Nurfaizah, Hazami, Jaclyn Victor, Anuar Zain, Nikki, Mawi, Zainalabidin dan Noryn Aziz.
Kontroversi bermula pada malam R&B Nite di
Stadium Negara pada 28 November lalu apabila K-Ci & Jojo membuka
baju dan memasukkan tangannya ke dalam seluar. Lil G Of Silk turut
mencemarkan persembahan dengan aksi kurang sopan ketika menari bersama
dua penonton wanita.
Perkara sama berulang dalam konsert Live & Loud
07 di Bukit Kiara Equestrian Park pada 1 Disember. Kali ini Shaggy
tampil dengan lagak lucah apabila sedang asyik menyanyi tiba-tiba
memasukkan pembesar suara ke dalam seluarnya dan mengeluarkannya
perlahan-lahan sebagaimana disiarkan Harian Metro, semalam.
Walaupun penonton terhibur dengan persembahan mereka,
namun aksi sebegitu mencalarkan tumpuan sekali gus mencemarkan imej
negara dan juga ‘mengotorkan’ budaya Melayu yang penuh dengan sifat
ketimuran.
Apabila berlaku perkara seumpama itu, siapakah yang
patut dipersalahkan? Apakah sebelum membuat persembahan, penganjur tidak
memberi sebarang taklimat kepada artis luar supaya peka dan sentitif
dengan budaya bangsa di sini atau barangkali juga artis itu sendiri
enggan mendengar kata dan tidak menghormati perasaan masyarakat di sini.
Di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
(KeKKWA) ditubuhkan Jawatankuasa Permohonan Artis Luar Negeri (Puspal)
yang bertanggungjawab memberikan kelulusan kepada penganjur yang ingin
membawa artis luar negara membuat persembahan di negara ini.
Adakah peranan Puspal setakat meluluskan permohonan
tanpa meneliti latar artis itu. Negara ini sudah banyak kali dicemari
dengan aksi lucah artis luar yang tidak pernah peka dengan cara hidup
masyarakat sesebuah negara. Yang terima padahnya penonton kita sendiri
yang rata-rata golongan remaja. Mereka terlalu mudah menerima budaya
luar sehingga menghakis budaya sendiri.
Pengerusi Majlis Perundingan Industri Hiburan dan
Kesenian Tanah Air (Mahkota) dan juga Presiden Majlis Muzik Malaysia,
Datuk A Rahman Hassan berkata, dia yakin Puspal ada memberi garis
panduan kepada sesiapa yang membuat permohonan untuk membawa artis luar
negara ke sini.
“Tetapi mungkin ada perkara di luar jangkaan dan
tidak terduga berlaku ketika persembahan berlangsung. Mengikut
pengalaman saya ketika membuat persembahan di Brunei, penganjur di sana
akan membuat prebiu dulu dengan semua artis terbabit dan pakaian artis
juga dipantau.
Petikan Harian Metro 4 Disember 2011: Puspal perlu lebih tegas
Oleh Nor Akmar Samudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































