Wednesday 25 April 2012

Begonia

0 comments



Tanaman hiasan yang dinamakan Begonia atau di Malaysia ia lebih popular dengan nama pokok asam batu. Terdapat banyak spesies atau varieti pokok hiasan jenis Begonia yang ada ditanam di negara ini. Dikatakan terdapat lebih dari 1,500 spesis pokok Begonia di seluruh dunia.
Antara spesis Begonia yang ada di Malaysia adalah seperti Begonia rajah, Begonia phoeniogramma, Begonia kingiana, Begonia ignorata dan lain-lain lagi.
Setiap spesis ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Misalnya spesis Begonia Rajah; ia dikatakan ditemui pada tahun 1892 di Terengganu dan dibiakkan di Taman Botani di Singapura. Kemudian di bawa ke England, di mana pada tahun 1894, ia telah dianugerahkan First Class Certificate oleh Floral Committee of the Royal Horticultural Society.
Kebiasaan pokok Begonia mempunyai batang yang lembut dan mempunyai daun yang berbulu.Jambak bunganya pula terletak pada hujung batang. Bunganya ada yang jantan dan ada yang betina. Pokok Begonia di tanam di dalam pasu dan diletakkan di kawasan yang redup dan tidak terlalu panas.
Begonia juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Ia dipercayai dapat mengubati luka kecil kerana pokoknya mengandungi saponin. Daun Begonia yang segar dibersihkan dan ditumbuk sehingga lumat digunakan untuk merawat luka kecil.

Leave a Reply

Labels