Tuesday, 24 April 2012
0 comments

Bestnyer Bunyi Ringtone




Apa jenama handphone anda? Nokia? Samsung? Sony Erickson? Blackberry? Iphone? CSL? Ataukah sekadarhandphone cap ayam untuk membuat dan menerima panggilan dan SMS? Tak kiralah handphone apa yang anda guna ianya tetap handphone dan menjadi suatu barangan keperluan dan bukan lagi barangan mewah seperti dahulu.


Apa pula bunyi ringtone handphone anda? Aku jangkakan masing-masing mempunyai berbagai-bagai ringtoneyang canggih-canggih, yang sedap-sedap atau yang terkini apatah lagi kebanyakan handphone sekarang ini mempunyai features MP3 untuk dijadikan bunyi ringtone. Aku sendiri memiliki beberapa keratan MP3 yang aku jadikan ringtone. Malah, aku juga telah setkan lagu-lagu tertentu menjadi bunyi ringtone khas pemanggil-pemanggil tertentu.

Aku juga mempunyai software untuk menjadikan lagu-lagu sebagai ringtone yang dipanggil MP3 Ringtone Maker dan aku pernah mencoretnya di SINI.

Aku juga pernah download beberapa ringtone di website-website tertentu tetapi sudah tentulah yang freesahaja..hehe.

Untuk dijadikan cerita, oleh kerana kecanggihan handphone dan bestnyer ringtone yang boleh digunakan, adakalanya membuatkan atau menimbulkan keresahan dan kesulitan kepada orang lain.

Macamana pula tu?

Baru-baru ini, aku singgah di sebuah surau untuk menunaikan solat maghrib semasa di dalam perjalanan pulang ke rumah dari Bukit Jelutong. Untuk bersolat di rumah, aku rasa tidak sempat kerana masih jauh dan keadaan lalu-lintas yang agak sesak.

Baru rakaat pertama ketika Pak Imam sedang khusyuk membaca surah al-Fatihah, tetiba ada satu handphoneyang berbunyi,."Massage, massage..oopps silap... message, message...message, message"... Suara Saiful Apek yang sememangnya amat melucukan dan diikuti dengan gelak ketawa beberapa orang jemaah. Aku terganggu dan terpaksa mengulang semula Takbirratulihram, malah, Pak  Imam juga terganggu. Akhirnya, solat terpaksa diulang semula! Adoi ai...!

Hendak marah rasa tidak guna...

Pak Imam menegur semua jemaah untuk mematikan handphone atau menukar ke silent mode dan mengulang semula solat.

Selesai solat aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Fikiran aku masih menerawang teringat insiden tersebut.

Kenapalah masih ada orang yang tidak faham-faham lagi?



Sekian.

Leave a Reply

Labels