Wednesday 25 April 2012

Buah Kuning Telur

0 comments



Di Semenanjung, buah ini lebih dikenali dengan nama buah kuning telur dan sesetengah tempat mengenalinya dengan nama buah konikoma manakala di Sabah ianya lebih dikenali dengan nama buah Canistel. Semasa lawatan di Kota kinabalu dahulu, buah ini memang banyak dijual di sana dan di ketahui juga  terdapat ladang Canistel yang ditanam secara komersil di Sabah.
Mengikut rujukan, pokok kuning telur tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Pokok yang dibiak melalui biji benih dikatakan berbuah dalam masa 3-5 tahun sahaja.

Leave a Reply

Labels