Friday, 20 April 2012
Kini Siti Pula Menyelar Zed Zaidi
Penghibur nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin
menyelar kenyataan rasa tidak puas hati Zed Zaidi dalam akaun twitternya
berhubung kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling
Popular 2011, kelmarin.
Selaku anak seni dan penyanyi tersohor dan berpengalaman dalam dunia
seni, Siti Nurhaliza menyifatkan tindakan pelakon utama Sembilu 2005 itu
adalah tidak wajar.
“Setahu saya, anugerah ini boleh disertai oleh mana-mana artis yang
menyumbang kepada peningkatan industri seni tanah air tanpa mengira
kerakyatan.
“Anugerah ini juga adalah hasil daripada undian peminat-peminat. Dari
bermula pemilihan ‘lima terbaik’ sehinggalah keputusan pemenang dibuat.
“Soal kerakyatan tidak perlu jadi isu, kalau kita menitikberatkan
sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni
muzik ini adalah universal,” kata beliau, yang turut menerima Anugera
Sri Perak pada majlis itu, kepada pemberita selepas majlis Minggu
Setiausaha 2012 bertemakan ‘Afternoon of Elegance’ di Pusat konvensyen
Persada Johor di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Kira-kira 1,500 tetamu yang terdiri di kalangan
pekerja berjawatan setiausaha terhibur dengan aksi persembahan dan
nyanyian memukau diva nombor satu tanah air itu.
Antara lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi tersohor itu adalah
Cindai, Medley Balada menghimpunkan tajuk Purnama Merindu, Kau
Kekasihku, Percayalah dan Bukan Cinta Biasa menerima tepukan gemuruh
semua tetamu.
Siti berkata, semua karyawan di negara ini diharapkan supaya saling
bergabung dan bersaing secara sihat dalam industri seni dan hiburan
tanah air sekali gus mempertingkatkan kualiti masing-masing.
“Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai
pendorong untuk kita. Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang
sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri,” katanya.
Media melaporkan kenyataan Zed Zaidi dalam akaun Twitternya yang
tidak berpuas hati dengan kejayaan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz
selepas merangkul anugerah ABPBH 2011 di Genting Highlands, kelmarin.
Luahan berkenaan menimbulkan kontroversi berikutan kenyataannya yang
lebih bangga jika artis tempatan merangkul artis berprestij berkenaan
dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menggalakkan artis
luar merosakkan industri seni tanah air.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



































