Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.
Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu pada tahun 1997.
Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah.
