(Minggu ke-29 hingga minggu ke 35)
Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.
Minggu ke-29. Postur
kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini
kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak
berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah
kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah
terbentuk dengan sempurna.
Seterusnya minggu ke-30.
Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan
mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula,
pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur -
angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi
minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang
cukup dan selesa.
Memasuki minggu ke-31.
Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah
pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur
darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih
berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat
900 g.
Minggu ke-32
pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai
1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah.
Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan
berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia
mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu
risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan
mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi
kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti
yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga
sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah
masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah
berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran
membawa perut yang membesar.
Minggu ke-34,
kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu
rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah
terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini
lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi
kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 pula,
akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk
bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak
dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan
kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi
lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman
termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.