Wednesday 25 April 2012

Pokok Ketup-ketup

0 comments



Jika dirujuk melalui buku, panggilan nama tempatan pokok ini ialah pokok ketup-ketup/katup-katup dan di dalam buku yang lain pula ia diberi nama Kangkatup, Dedaup dan Kuku Benaul. Walau bagaimanapun, saya lebih suka menyebut nama pokok ini dengan nama saintifiknya iaitu Bauhinia kockiana. Bukan apa, rasa lebih sesuai dengan kecantikan dan keunikan pokok ini. Tumbuhan hiasan ini mempunyai batang kerkayu yang keras dan boleh memanjat tinggi ke atas pokok besar atau struktur. Oleh sebab itu, tanaman hiasan ini biasanya ditanam di atas pagar atau pergola.
 
Bunganya yang berwarna oren atau kuning terletak pada hujung dahan di dalam jambak dan agak lebat. Daunnya tersusun secara berselang dan mempunyai tiga urat utama. Pokok ini juga mengeluarkan buah jenis kekacang leper memanjang. Spesies ini boleh dibiakkan melalui keratan batang, biji benih dan tut. Pertumbuhannya sederhana cepat dan biasanya pokok ini mengambil masa 3 tahun untuk mengeluarkan bunga yang banyak.
 Dari sudut perubatan tradisional, batang dan akar pokok ini dipercayai digunakan di dalam penyediaan ubat untuk merawat wanita bermasalah urat saraf iaitu mengalami perasaan tidak tenteram, gelisah dan gugup. Selain itu, batang atau akarnya ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi atau gusi yang sakit.

Leave a Reply

Labels