Thursday 26 April 2012

Pokok Tapak Kuda

0 comments



Pokok Tapak Kuda atau nama saintifiknya Bauhinia purpurea merupakan sejenis tanaman hiasan yang dikatakan berasal dari negara Asia. Pokok ini diberi nama sedemikian mungkin adalah kerana daunnya yang seakan-akan tapak kuda. Di luar negara pokok ini digelar sebagai Butterfly tree dan Purple orchid tree. Spesis ini mempunyai beberapa varieti dengan warna bunga ungu tua, dan merah jambu.
 Dari sebuah buku rujukan, bunga dari pokok ini boleh dimasak gulai/kari serta juga boleh dibuat acar.  Selain itu, bunga tapak kuda juga boleh direbus atau direndam dalam air mendidih dan diminum untuk melawaskan buang air besar.
 Pokok ini boleh dibiakkan dan ditanam dengan menggunakan biji atau kaedah tut. Pokok ini memang banyak dijumpai di taman di kawasan taman serta di kawasan perumahan. Masih teringat sewaktu zaman kanak-kanak dahulu, budak-budak perempuan suka memetik kudup bunga pokok ini untuk dijadikan seperti lipstick.

Leave a Reply

Labels